NILAI BERORIENTASIKAN MURID

Guru memberi respon apabila murid bertanya

NILAI MENGHORMATI

Guru dan murid saling menghormati dengan memberi salam.

NILAI MESRA

Guru bercerita kepada murid-murid.

NILAI BERKUALITI

Guru perlu menjelaskan dengan lebih jelas kepada murid-murid dalam sesuatu tajuk.

NILAI KREATIF DAN INOVATIF

Guru memberi soalan kepada murid-murid yang memerlukan kemahiran berfikir .

Saturday, 13 December 2014

PENGENALAN

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya terciptanya blog ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Haslina binti Hassan kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar terhadap pelaksanaannya. Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Sekian, Terima kasih.

Wednesday, 10 December 2014

ETIKA BERPAKAIAN SEBAGAI GURU



ETIKA BERPAKAIAN SEBAGAI GURU 


 Berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.


Penampilan dan pakaian lelaki:

a.Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Tidak memakai baju t dan seluar jeans.

b. Guru lelaki mestilah memakai kasut dan berstokin. Tidak memakai selipar dan sandal.

c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan 
dan tidak diwarnakan.



Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Guru perempuan tidak memakai sandal atau selipar.

b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. 
Tidak memakai baju T dan seluar jeans.

c. Guru perempuan hendaklah memakai solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.

d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.






Mohd Helmi Ahmad.(2014,April 11).Etika Pakaian Menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) 2014.Diperoleh daripada Tetamu Istimewa.:
http://mieadham86.blogspot.com/2014/04/etika-pakaian-menghadiri-ujian.html