Monday, 22 September 2014

INTEGRITI

INTEGRITI
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada 
individudan organisasi Integriti berkaitan erat dengan etika. Integriti adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

1. Integriti Individu

Integriti individu ialah keselarasan antara apa-apa yang dikatakan oleh ]individu dengan sesuatu yang dikotakannya;keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang;sertakeselarasan antara kepentingan diri  dengan  kepentingan umum. Individu itu pula cepat, tepat dan bermutu apabila melakukan sesuatu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu secara konsisten  dalam  pelbagai  segi,  dia  dikatakan  mempunyai  integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan  tidak berintegriti atau lemah integritinya.

2. Integriti Organisasi

 Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam  perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta  pematuhan  kepada  amalan  terbaik  Kod  etika  organisasi  ditegaskan, diulangi  da dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. 
  
3. Integriti Penjawat Awam 
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri,  keluarga,  saudara  mara  atau  kaum  kerabat  sendiri . Apabila  berlaku  konflik kepentingan,mesti diselesaikan dengan  memberi  keutamaan  kepada  kepentingan  awam. Penjawat itu perlu telus dan tulus serta  harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.