Thursday, 18 September 2014

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT

.Asas Teknologi Maklumat

 Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat adalah perkakas dan perisian yang dapat melaksanakan sistem maklumat itu.  Perkakasan dan perisian itu dapat melaksanakan atau menjalankan tugasan prosesan data, seperti mengambil, memindah, menyimpan, memanggil semula, manipulasi data dan mempamirkan data atau maklumat itu. Perkakasan adala peranti (devices) dan lain-lain bahagian dan bentuk fizikal yang melibatkan maklumat itu seperti komputer, work station ( stesen kerja) rangkaian fizikal (physical network), storage data dan peranti transmisi (transmission devices).

Perisian adalah program-program komputer yang dapat menterjemahkan input dari pengguna dan mengarahkan perkakasan apa yang perlu dilakukan. Perisian termasuklah sistem operasi (OS),perisian aplikasi (enduser software) seperti pemprosesan perkataan dan perisian aplikasi yang berhubung dengan tugasan perniagaan seperti merakamkan transaksi (transactions) kad kredit ataupun mereka bentuk kenderaan.



Syazwan.Topik 1 : Asas Teknologi Maklumat.Diperoleh daripada Tripod :http://syazwan.tripod.com/bukutmipda.html