1.2 Sejarah Teknologi Maklumat
1.2.1 Komputer
Komputer adalah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses
data itu untuk dijadikan maklumat yang bermakna (output) dan menyimpankannya (dalam
storan sekunder) untuk keselamatan atau untuk kegunaan seterusnya.
Bila komputer ini bermula ?
Apa yang menakjubkan tentang perkembangan komputer adalah ia cepat berubah dengan
begitu cepat sekali. Kita telah melepasi 4 generasi teknologi komputer dalam lebih kurang 49tahun.Generasi ketiga-tiga awalnya melibatkan 3 perkembangan teknologi seperti tiub vakum,transistor dan litar integrasi ( integrated circuit ). Sekarang kita berada dalam generasi yang ke 5.
1.2.2 Telekomunikasi
Semua komputer dalam dunia ini boleh dihubungkan menggunakan kemudahan komunikasi .
Oleh itu,gabungan komputer dan komunikasi iaitu telekomunikasi dapa tmemberikan manfaat danmenolong pengguna untuk mencapai kepada maklumat terkini (onlineinformation) seperti perbankkan dan lain-lain.Oleh itu, telekomunikasi secara ringkasnya adalah transmisi data dari (device) kepada satu peranti (device) di dalam lokasi yang berbeza.
1.3 Kepentingan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan
- Teknologi maklumat telah banyak mempengaruhi sistem pendidikan.
- Terciptanya mikroprocessor (commercially available) pada 1971 telah membolehkan komputer memasuki sistem pendidikan.
- Sejak dari itu komputer telah banyak digunakan olehpusat pengajian dan sekolah untuk penyimpanan rekod dan perakaunan.
- Banyak sekolah telah menggunakan kemudahan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
- Pendidik telah melihat sendiri kepentingan dan kelebihan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Syazwan.Topik 1 : Asas Teknologi Maklumat.Diperoleh daripada Tripod:http://syazwan.tripod.com/bukutmipda.html