NILAI BERORIENTASIKAN MURID

Guru memberi respon apabila murid bertanya

NILAI MENGHORMATI

Guru dan murid saling menghormati dengan memberi salam.

NILAI MESRA

Guru bercerita kepada murid-murid.

NILAI BERKUALITI

Guru perlu menjelaskan dengan lebih jelas kepada murid-murid dalam sesuatu tajuk.

NILAI KREATIF DAN INOVATIF

Guru memberi soalan kepada murid-murid yang memerlukan kemahiran berfikir .

Saturday 13 December 2014

PENGENALAN

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya terciptanya blog ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Haslina binti Hassan kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar terhadap pelaksanaannya. Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Sekian, Terima kasih.

Wednesday 10 December 2014

ETIKA BERPAKAIAN SEBAGAI GURU



ETIKA BERPAKAIAN SEBAGAI GURU 


 Berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.


Penampilan dan pakaian lelaki:

a.Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Tidak memakai baju t dan seluar jeans.

b. Guru lelaki mestilah memakai kasut dan berstokin. Tidak memakai selipar dan sandal.

c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan 
dan tidak diwarnakan.



Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Guru perempuan tidak memakai sandal atau selipar.

b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. 
Tidak memakai baju T dan seluar jeans.

c. Guru perempuan hendaklah memakai solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.

d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.






Mohd Helmi Ahmad.(2014,April 11).Etika Pakaian Menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) 2014.Diperoleh daripada Tetamu Istimewa.:
http://mieadham86.blogspot.com/2014/04/etika-pakaian-menghadiri-ujian.html


Tuesday 7 October 2014

BUDAYA PEMBELAJARAN DI IPG

A) BUDAYA ILMU

i- Pembelajaran sepanjang hayat
ii- Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu

B) BUDAYA KEPIMPINAN

i- Kebolehan membuat keputusan
ii- Mempunyai idea yang bernas

C) BUDAYA KERJA PROFESSIONAL
i- Mendokong visi dan misi organisasi
ii- Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah

D) BUDAYA AKHLAK DAN MORAL

i- Sentiasa bersyukur
ii- Merendah diri

E) BUDAYA PENYAYANG

i- Keprihatinan dengan makhluk
ii- Sayang akan diri, keluarga dan masyarakat

F) BUDAYA ESTETIKA

i- Kehalusan budi
ii- Keunggulan peribadi


Monday 22 September 2014

Standard Guru Malaysia (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM)



Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
TUJUAN

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
• mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
• mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

• Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

PERINCIAN STARDARD

1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. 

SENARAI RUJUKAN

Abd. Karim(2011,July 7).Pengenalan.Diperoleh daripada Santapan Minda: http://abkar178.blogspot.com/2011_07_01_archive.html

Ashrul Affiq.(2013,November 04).Kenyataan Hidup Disebalik Permainan Ini.Diperoleh daripada Merempit ke Syurga :http://merempitkesyurga.blogspot.com/2013/11/kenyataan-hidup-disebalik-permainan-ini.html

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.(2014).Diperoleh daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak : http://btpnperak.moe.edu.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=106:standard-guru-malaysia-sgm&catid=57:artikel-pendidikan&Itemid=86

Definisi dan Konsep Pendidikan Khas. (2011, Ogos 26). Diperoleh daripada KOD PKU 3101 : Pengenalan Kepada Pendidikan Khas: https://www.google.com.my/urlsa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0CDMQFjAC&url=http%3A%2F%2Fwww.lmsipda.net%2Fppg_lms%2Ffile.php%2F1%2FPKU3101_INTERAKSI_1-25_JUN%2F08_Isi_Pelajaran.pdf&ei=n3EWVODeEpHkuQTR-oHACA&usg=AFQjCNHa9tHsVRQycJr

Editorial E-baca.(2013,Mac 08).Tip Seronok Belajar Dalam Kelas.Diperoleh daripada Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi Perpustakaan Anjung Ilmu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia : http://perpustakaanjbpm.blogspot.com/2013_03_01_archive.html

Ictpermas(2013,November 06).TMK Tahun 4,input,output 7 storan.Diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia(slideshare):http://www.slideshare.net/ictpermas/slot-4-5-input-output-storan


Kemahiran Belajar. (2003, Oktober 26). Retrieved from Kementerian Pendidikan Malaysia: http://web.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul/bcb6.pdf

Mohd Helmi Ahmad.(2014,April 11).Etika Pakaian Menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) 2014.Diperoleh daripada Tetamu Istimewa.:http://mieadham86.blogspot.com/2014/04/etika-pakaian-menghadiri-ujian.html

Mustafa Daud,Noomaizatul Akmar Ishak,Mohd.Fisol Osman,Hanum Hassan.(2008).Belajar secara Kreatif.Perlis : Universiti Malaysia Perlis.

Nilai Profesional yang dimiliki oleh seorang Guru.Diperoleh daripada Hikmah Mutiara Ilmu : http://ilmu-ilman-ulama.blogspot.com/2012/12/integriti-guru-keberkesanan-membentuk.html

Pendidikan Khas (2009, Februari 14). Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas. Diperoleh daripada KPLI Julai 2008: http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/sejarah-perkembangan-pendidikan-khas.html

Puan Chen.(2012,December).Nilai,Etika,Integriti. Diperoleh daripada Integriti dalam pendidikan ke arah kesempurnaan pendidikan :  http://integritiguide.blogspot.com/p/penjelasan-etika-dan-integriti-adalah.html


Ramlan, K. A. (n.d.). Tips Bijak Belajar. Retrieved from Portal E-Pendidikan Islam: http://www.anuar2u.com/tips%20belajar.htm

Saya Mazlan.(2011,April 22).Nilai -nilai Bitara.Diperoleh daripada Program Pensiswazahan Guru UPSI: http://ppgupsisesamakita.blogspot.com/search/label/Bahan%20sokongan

Siti Hajar Jamaludin (2010, April 8). Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Diperoleh daripada Nukilan Seorang Hamba: http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.html

Syazwan.Topik 1 : Asas Teknologi Maklumat.Diperoleh daripadaTripod: http://syazwan.tripod.com/bukutmipda.html


Syed Ismail Syed Mustapa,Ahmad Subki Miskon.(2014).Kemahiran Belajar(Edisi Kedua).Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Yunimaha5(2012,September 04)Guru antara Dilema dan kemelut.
Diperoleh daripada : Hikmah Mutiara Ilmu : Integriti.http://ilmu-ilman-ulama.blogspot.com/2012/09/baru-baru-ini-timbul-isu-daripada.html


Zaratul Hidayah. (2014, September 22). VID20140813132834. Diperoleh daripada YouTube: http://www.youtube.com/watch?v=0Rq1QIWk_h8





INTEGRITI - TOLONG MENOLONG

INTEGRITI - BERBUDI BAHASA