Friday 12 September 2014

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

DEFINISI 


 Kanak-kanak berkeperluan khas Kanak-kanak berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal.

 Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

 Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal

 McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.

 Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah;

     "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may        be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these                children may require educational programs customized to their unique needs."

 Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka:
 1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya,
 2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang        
     digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.
 3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas.

 Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa.


  Bibliografi

Definisi dan Konsep Pendidikan Khas. (2011, Ogos 26). Diperoleh daripada KOD PKU 3101 : Pengenalan Kepada Pendidikan Khas: https://www.google.com.my/urlsa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0CDMQFjAC&url=http%3A%2F%2Fwww.lmsipda.net%2Fppg_lms%2Ffile.php%2F1%2FPKU3101_INTERAKSI_1-25_JUN%2F08_Isi_Pelajaran.pdf&ei=n3EWVODeEpHkuQTR-oHACA&usg=AFQjCNHa9tHsVRQycJr

 Siti Hajar Jamaludin (2010, April 8). Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Diperoleh daripada Nukilan Seorang Hamba: http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.html