Wednesday, 10 December 2014

ETIKA BERPAKAIAN SEBAGAI GURU



ETIKA BERPAKAIAN SEBAGAI GURU 


 Berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.


Penampilan dan pakaian lelaki:

a.Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Tidak memakai baju t dan seluar jeans.

b. Guru lelaki mestilah memakai kasut dan berstokin. Tidak memakai selipar dan sandal.

c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan 
dan tidak diwarnakan.



Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Guru perempuan tidak memakai sandal atau selipar.

b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. 
Tidak memakai baju T dan seluar jeans.

c. Guru perempuan hendaklah memakai solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.

d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.






Mohd Helmi Ahmad.(2014,April 11).Etika Pakaian Menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) 2014.Diperoleh daripada Tetamu Istimewa.:
http://mieadham86.blogspot.com/2014/04/etika-pakaian-menghadiri-ujian.html