1.4 Perkakasan
1.4.1 Konsep Asas
Untuk sesebuah sistem komputer itu berfungsi ia memerlukan aspek utama dalam mengendalikan data. Keempat-empat aspek tersebut ialah Input, proses, output dan penyimpan/storan
(a) Peranti input
Peranti ini menerima data dalam bentuk yang difahami. Kemudian data itu dihantar ke unit pemprosesan.
(b) Prosessor
Prosessor mempunyai litar elektronik yang boleh memanipulasi data yang diinput tadi kepada maklumat yang dikehendaki. Unit ini sebenarnya mengeluarkan arahan- arahan komputer.Kita tahu bahawa CPU adalah satu set litar elektronik lengkap yang kompleks yang dapat menjalankan arahan-arahan program. CPU mempunyai 2 bahagian iaitu :
unit pengawalan dan unit logik ( arithmetic/logic units ).CPU bertindakbalas rapat dengan storan primer atau ingatan. Ingatan adalah sebahagian daripada komputer yang menyimpan sementara data dan arahan sebelum dan selepas data dan arahan itu diproses oleh unit logik (arithmetic/logic units). Ingatan juga dikenali sebagai storan primer (primary storage), ingatan primer (primary memory), storan induk (main storage), storan dalaman (internal storage) dan ingatan induk (main memory).Ciri utama ingatan adalah ia membenarkan capaian yang cepat terhadap arahan dan data. Komputer boleh menjalankan arahan-arahan dengan cepat.
Komputer adalah set mesin yang kompleks, tetapi mesin ini pada asasnya boleh mengenali dua benda iaitu ‘on’ dan ‘off’. Sistem on/off ini dikenali sebagai sistem binari (binary).Dengan dua cara ini yang diwakilkan dari on dan off elektrik, komputer boleh membentuk cara-cara yang sophisticated dalam mewakili data.
(c)Peranti output
Peranti ini menunjukkan dan mengeluarkan hasil daripada data yang telah diproses tadi, iaitu maklumat.Peranti terhasil terhasil dalam bentuk yang mudah digunakan oleh pengguna.
(d) Storan
Storan ini boleh menyimpan data dan program-program di luar komputer itu sendiri. Dalam menyimpan data, storan ini memerlukan ingatan.
1.4.2 Konfigurasi Komputer
(a) Papan induk
Banyak chip komputer peribadi dikembarkan kepada papan ibu atau papan induk (motherboard). Papan induk adalah satu papan yang leper (flat board) yang terdapat di dalam kotak komputer peribadi (casing) atau unit sistem.
(b) Mikroprosessor
CPU ataupun prosessor adalah chip yang kecil yang juga dikenali sebagai chip logik (logic chip) bila digunakan untuk mengawal peranti tertentu ( seperti juga sistem minyak dalam kereta ). Kelajuan mikroprosessor lazimnya dinyatakan dengan megahertz (MHz).
Faktor asas yang memberi kesan terhadap kelajuan komputer adalah kelajuan mikroprosessornya, saiz bus line, dan kewujudan cache. Faktor-faktor yang lebih sofisiscated adalah ingatan flash (flash memory), komputer RISC (RISC computers) dan parallel processing.
Kelajuan arahan komputer pula terletak kepada pelbagai jarak (rate). Dari milisecond (one-thousand of a second) ke microsecond (one millionth of a second), ke nanosecond (one-billionth of a second) yang akan dicapai ke picosecond (one-trillionth of a second).
(c) CMOS
Kebanyakan sistem komputer sekarang menggunakan storan semikonduktor kerana beberapa kelebihannya.CMOS ataupun complementary metal oxide semiconductor adalah sejenis semi konduktor.CMOS direkabentuk untuk menggunakan sedikit sahaja penggunaan elektrik seperti dalam komputer-komputer peribadi (portable komputers).
(d) RAM
RAM atau ‘random access memory’ menyimpan arahan-arahan dan data untuk program-program yang digunakan pada masa itu. Data boleh dicapai di dalam cara yang cepat dan mudah. RAM mudah hilang (volatile), yang bermaksud kandungannya akan hilang jika elektrik ditutup. Banyak RAM dalam komputer anda bermaksud banyak program yang besar boleh dijalankan dalam komputer itu.
Anda boleh menambah RAM komputer anda dengan membeli chip memory tambahan ataupun memasukan SIMM (single in-line memory module). SIMM boleh dimasukkan (plugs) ke dalam papan induk komputer. RAM terbahagi kepada dua jenis iaitu SRAM dan DRAM.
(e) SRAM
SRAM atau static RAM adalah lebih cepat
(f) DRAM
DRAM atau dynamic RAM adalah lebih kecil dan lebih murah. DRAM digunakan dalam banyak komputer peribadi kerana saiz dan harganya jika dibandingkan dengan SRAM.
(g) ROM
Berbanding dengan RAM, ROM mengandungi program-program dan data yang kekal
Dirakamkan di dalam ingatan jenis ini di kilang. ROM boleh di baca dan digunakan, tetapi tidak boleh diubah oleh pengguna. ROM tidak boleh hilang (non-volatile).
(h) CACHE
Disebut sebagai ‘cash’ secara relatifnya adalah satu jumlah kecil daripada kelajuan ingatan yang menyimpan data dan arahan-arahan cache kerap digunakan untuk menghasilkan peningkatan dalam kelajuan pemprosesan. Bila prosessor pada awalnya memerlukan data atau arahan, data-data arahan itu di panggil dari ingatan utama, yang juga disimpan dalam cache. Pada waktu yang lain mikroprosessor perlukan data atau arahan itu, ia akan mencari di cache. Jika item itu yang diperlukan ada di situ, ia akan di pindahkan dengan lebih cepat.
(i) BUS line
Adalah satu set laluan elektrik yang selari yang secara dalamannya membawa data dari satu tempat ke satu tempat lain dalam sistem komputer. Jumlah data yang boleh di bawa pada satusatu masa disebut ‘bus width’ iaitu nombor laluan elektrik. Jika besar lebarnya, lebih banyak data boleh di bawa pada satu masa. Secara amnya, jika besar saiz perkataan itu atau bus, lebih kuat komputer itu. Komputer itu boleh memindahkan banyak maklumat pada satu masa, mempunyai ingatan yang besar dan boleh menampung banyak serta pelbagai arahan.
(j) RISC
RISC atau ‘reduced instruction set computers’ adalah satu teknologi di mana RISC adalah lebih cepat kerana ia menggunakan hanya satu subset yang kecil daripada arahan-arahan. Berbanding dengan CISC atau ‘complex instruction set computers’ yang mana memasukkan banyak arahan-arahan yang jarang digunakan.
(k) Perisian
Perisian adalah satu- satu arahan yang dirancang langkah demi langkah yang diperlukan untuk menukarkan data untuk dijadikan maklumat dan seterusnya menjadikan komputer itu berguna.
Pada amnya, perisian boleh dikategorikan kepada :
i) perisian sistem, atau
ii) perisian aplikasi.
Subset perisian sistem adalah sistem operasi, yang mana menjadi perisian asas yang terdapat dalam semua komputer. Perisian aplikasi pula adalah perisian yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Perisian aplikasi ini boleh jadi ‘custom software’ atau ‘packaged software’.
“Custom software’ di buat khas untuk kehendak pengguna manakala ‘packaged software’ yang juga dikenali sebagai perisian komersial (commercial software), adalah dipakejkan dalam
kotak atau folder untuk dijual.
Nyatakan beberapa jenis perisian tersebut:
i) sistem operasi
ii) perisian aplikasi
iii) perisian komersial
Syazwan.Topik 1 : Asas Teknologi Maklumat.Diperoleh daripada Tripod :http://syazwan.tripod.com/bukutmipda.html