NILAI BERORIENTASIKAN MURID

Guru memberi respon apabila murid bertanya

NILAI MENGHORMATI

Guru dan murid saling menghormati dengan memberi salam.

NILAI MESRA

Guru bercerita kepada murid-murid.

NILAI BERKUALITI

Guru perlu menjelaskan dengan lebih jelas kepada murid-murid dalam sesuatu tajuk.

NILAI KREATIF DAN INOVATIF

Guru memberi soalan kepada murid-murid yang memerlukan kemahiran berfikir .

Monday 22 September 2014

Standard Guru Malaysia (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM)



Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
TUJUAN

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
• mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
• mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

• Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

PERINCIAN STARDARD

1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. 

SENARAI RUJUKAN

Abd. Karim(2011,July 7).Pengenalan.Diperoleh daripada Santapan Minda: http://abkar178.blogspot.com/2011_07_01_archive.html

Ashrul Affiq.(2013,November 04).Kenyataan Hidup Disebalik Permainan Ini.Diperoleh daripada Merempit ke Syurga :http://merempitkesyurga.blogspot.com/2013/11/kenyataan-hidup-disebalik-permainan-ini.html

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.(2014).Diperoleh daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak : http://btpnperak.moe.edu.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=106:standard-guru-malaysia-sgm&catid=57:artikel-pendidikan&Itemid=86

Definisi dan Konsep Pendidikan Khas. (2011, Ogos 26). Diperoleh daripada KOD PKU 3101 : Pengenalan Kepada Pendidikan Khas: https://www.google.com.my/urlsa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0CDMQFjAC&url=http%3A%2F%2Fwww.lmsipda.net%2Fppg_lms%2Ffile.php%2F1%2FPKU3101_INTERAKSI_1-25_JUN%2F08_Isi_Pelajaran.pdf&ei=n3EWVODeEpHkuQTR-oHACA&usg=AFQjCNHa9tHsVRQycJr

Editorial E-baca.(2013,Mac 08).Tip Seronok Belajar Dalam Kelas.Diperoleh daripada Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi Perpustakaan Anjung Ilmu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia : http://perpustakaanjbpm.blogspot.com/2013_03_01_archive.html

Ictpermas(2013,November 06).TMK Tahun 4,input,output 7 storan.Diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia(slideshare):http://www.slideshare.net/ictpermas/slot-4-5-input-output-storan


Kemahiran Belajar. (2003, Oktober 26). Retrieved from Kementerian Pendidikan Malaysia: http://web.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul/bcb6.pdf

Mohd Helmi Ahmad.(2014,April 11).Etika Pakaian Menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) 2014.Diperoleh daripada Tetamu Istimewa.:http://mieadham86.blogspot.com/2014/04/etika-pakaian-menghadiri-ujian.html

Mustafa Daud,Noomaizatul Akmar Ishak,Mohd.Fisol Osman,Hanum Hassan.(2008).Belajar secara Kreatif.Perlis : Universiti Malaysia Perlis.

Nilai Profesional yang dimiliki oleh seorang Guru.Diperoleh daripada Hikmah Mutiara Ilmu : http://ilmu-ilman-ulama.blogspot.com/2012/12/integriti-guru-keberkesanan-membentuk.html

Pendidikan Khas (2009, Februari 14). Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas. Diperoleh daripada KPLI Julai 2008: http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/sejarah-perkembangan-pendidikan-khas.html

Puan Chen.(2012,December).Nilai,Etika,Integriti. Diperoleh daripada Integriti dalam pendidikan ke arah kesempurnaan pendidikan :  http://integritiguide.blogspot.com/p/penjelasan-etika-dan-integriti-adalah.html


Ramlan, K. A. (n.d.). Tips Bijak Belajar. Retrieved from Portal E-Pendidikan Islam: http://www.anuar2u.com/tips%20belajar.htm

Saya Mazlan.(2011,April 22).Nilai -nilai Bitara.Diperoleh daripada Program Pensiswazahan Guru UPSI: http://ppgupsisesamakita.blogspot.com/search/label/Bahan%20sokongan

Siti Hajar Jamaludin (2010, April 8). Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Diperoleh daripada Nukilan Seorang Hamba: http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.html

Syazwan.Topik 1 : Asas Teknologi Maklumat.Diperoleh daripadaTripod: http://syazwan.tripod.com/bukutmipda.html


Syed Ismail Syed Mustapa,Ahmad Subki Miskon.(2014).Kemahiran Belajar(Edisi Kedua).Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Yunimaha5(2012,September 04)Guru antara Dilema dan kemelut.
Diperoleh daripada : Hikmah Mutiara Ilmu : Integriti.http://ilmu-ilman-ulama.blogspot.com/2012/09/baru-baru-ini-timbul-isu-daripada.html


Zaratul Hidayah. (2014, September 22). VID20140813132834. Diperoleh daripada YouTube: http://www.youtube.com/watch?v=0Rq1QIWk_h8





INTEGRITI - TOLONG MENOLONG

INTEGRITI - BERBUDI BAHASA

ETIKA

ETIKA
Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan 
profesyen.
     
1.  Etika Individu
 Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan 
antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, sertayang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Perkara ini boleh dilaksanakan ketika menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain.

2.  Etika Organisasi
Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya  menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus,  bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika  organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan.

3.  Etika Profesyen
Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh
pengamal profesyen berkenaan.Antara profesyen yang m
empunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakauanan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan  etika  profesyen  yang  dipraktikkannya. Begitu  juga seorang  guru  mesti mematuhi etika perguruan.

INTEGRITI

INTEGRITI
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada 
individudan organisasi Integriti berkaitan erat dengan etika. Integriti adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

1. Integriti Individu

Integriti individu ialah keselarasan antara apa-apa yang dikatakan oleh ]individu dengan sesuatu yang dikotakannya;keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang;sertakeselarasan antara kepentingan diri  dengan  kepentingan umum. Individu itu pula cepat, tepat dan bermutu apabila melakukan sesuatu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu secara konsisten  dalam  pelbagai  segi,  dia  dikatakan  mempunyai  integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan  tidak berintegriti atau lemah integritinya.

2. Integriti Organisasi

 Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam  perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta  pematuhan  kepada  amalan  terbaik  Kod  etika  organisasi  ditegaskan, diulangi  da dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. 
  
3. Integriti Penjawat Awam 
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri,  keluarga,  saudara  mara  atau  kaum  kerabat  sendiri . Apabila  berlaku  konflik kepentingan,mesti diselesaikan dengan  memberi  keutamaan  kepada  kepentingan  awam. Penjawat itu perlu telus dan tulus serta  harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.

Sunday 21 September 2014

BELAJAR BAHASA ISYARAT - HURUF

Thursday 18 September 2014

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "


Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan
1926
Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931
SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948
Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1963
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977
Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Pendidikan Masalah Pendengaran
1954
Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963
Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978
Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan
1979
Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987
Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif
1962
Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988
Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
1993
Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
1994
Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
1995
Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan


Bibliography

Pendidikan Khas (2009, Februari 14). Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas. Diperoleh daripada KPLI Julai 2008: http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/sejarah-perkembangan-pendidikan-khas.html


KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


  1.  Masalah kecacatan fizikal
  2.  Masalah penglihatan
  3.  Masalah pendengaran
  4.  Masalah pertuturan
  5.  Masalah pembelajaran
  6.  Masalah tingkahlaku
  7.  Lembab ( slow learner)
  8.  Terencat akal ringan
  9.  Autisme
  10.  Pintar cerdas
  11.  Sindrom Down
  12.  Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD
  13.  Disleksia

DEFINISI LEMBAM     

Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.
Murid-murid   yang  tidak  boleh  mengikuti  pelajaran  di  kelas  , kurikulum  dan  di  sekolah biasa. Mereka terlalu lambat untuk mencapai satu- satu objektif pengajaran yang  mudah walaupun  objekti  jangka  pendek  dan  juga  mempunyai  daya  rangsangan  serta daya  pengamatan  yang lemah dan rendah.


CIRI-CIRI FIZIKAL

1 ) PENDIAM / TIDAK BANYAK CAKAP/ TIDAK AKTIF

2) MENYEBUT HURUF-HURUF  YANG TIDAK TEPAT 
                                            
3) TULISAN YANG BURUK / SUKAR DIBACA

4) KEKERAPAN KESALAHAN  EJAAN / TANDA BACAAN

 5)MENUTUP MUKA DENGAN BUKU KETIKA BELAJAR

6)SAIZ YANG TIDAK SERAGAM  / MENCAMPURKAN SAIZ  BESAR DAN SAIZ KECIL

7)MENYEBUT ATAU MENYEMBUNYIKAN SESUATU HURUF DENGAN PELAHAN

8) BERMASALAH  MENGENAL BENTUK  HURUF



MASALAH YANG DIHADAPI

Masalah Akademik

  •  kemahiran 3M ( membaca , menulis dan mengira )ke
  • kemahiran matematik
    • sukr mengingat makna simbol yang digunakan
    • menyelesaikan permasalahan yang panjang dan konsep tambah , tolak , darab dan bahagi

Masalah tingkah laku

  • Kurang tumpuan
  • Kesukaran memproses maklumat
  • Kecuaian

Masalah Sosial-Emosi

  • Kepayahan melakuakn beberapaturutan tugasan
  • Lemah dalam komunikasi
  • Tiada keyakinan diri



GAMBAR INPUT,OUTPUT DAN STORAN


TEKS



GRAFIK


AUDIO


VIDEO


ARAHAN


MEDIA STORAN









Ictpermas(2013,November 06).TMK Tahun 4,input,output 7 storan.Diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia(slideshare):
http://www.slideshare.net/ictpermas/slot-4-5-input-output-storan