NILAI BERORIENTASIKAN MURID

Guru memberi respon apabila murid bertanya

NILAI MENGHORMATI

Guru dan murid saling menghormati dengan memberi salam.

NILAI MESRA

Guru bercerita kepada murid-murid.

NILAI BERKUALITI

Guru perlu menjelaskan dengan lebih jelas kepada murid-murid dalam sesuatu tajuk.

NILAI KREATIF DAN INOVATIF

Guru memberi soalan kepada murid-murid yang memerlukan kemahiran berfikir .

Thursday, 18 September 2014

GAMBAR INPUT,OUTPUT DAN STORAN


TEKS



GRAFIK


AUDIO


VIDEO


ARAHAN


MEDIA STORAN









Ictpermas(2013,November 06).TMK Tahun 4,input,output 7 storan.Diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia(slideshare):
http://www.slideshare.net/ictpermas/slot-4-5-input-output-storan





PERKAKASAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

1.4 Perkakasan

1.4.1 Konsep Asas
Untuk sesebuah sistem komputer itu berfungsi ia memerlukan aspek utama dalam mengendalikan data. Keempat-empat aspek tersebut ialah Input, proses, output dan penyimpan/storan

(a)  Peranti input
Peranti ini menerima data dalam bentuk yang difahami. Kemudian data itu dihantar ke unit pemprosesan.

(b)  Prosessor
Prosessor mempunyai litar elektronik yang boleh memanipulasi data yang diinput tadi kepada maklumat yang dikehendaki. Unit ini sebenarnya mengeluarkan arahan- arahan komputer.Kita tahu bahawa CPU adalah satu set litar elektronik lengkap yang kompleks yang dapat menjalankan arahan-arahan program.  CPU mempunyai 2 bahagian iaitu : 
unit pengawalan dan unit logik ( arithmetic/logic units ).CPU bertindakbalas rapat dengan storan primer atau ingatan.  Ingatan adalah sebahagian  daripada komputer yang menyimpan sementara data dan arahan sebelum dan selepas data dan arahan itu diproses oleh unit logik (arithmetic/logic units).  Ingatan juga dikenali sebagai storan primer (primary storage), ingatan primer (primary memory), storan induk (main storage), storan dalaman (internal storage) dan ingatan induk (main memory).Ciri utama ingatan adalah ia membenarkan capaian yang cepat terhadap arahan dan data. Komputer boleh menjalankan arahan-arahan dengan cepat. 

Komputer adalah set mesin yang kompleks, tetapi mesin ini pada asasnya boleh mengenali dua benda iaitu ‘on’ dan ‘off’. Sistem on/off ini dikenali sebagai sistem binari (binary).Dengan dua cara ini yang diwakilkan dari on dan off elektrik, komputer boleh membentuk cara-cara yang sophisticated dalam mewakili data.

(c)Peranti output
Peranti ini menunjukkan dan mengeluarkan hasil daripada data yang telah diproses tadi, iaitu maklumat.Peranti terhasil terhasil dalam bentuk yang mudah digunakan oleh pengguna.

(d) Storan
Storan ini boleh menyimpan data dan program-program di luar komputer itu sendiri.   Dalam menyimpan data, storan ini memerlukan ingatan.

1.4.2 Konfigurasi Komputer

(a) Papan induk
Banyak chip komputer peribadi dikembarkan kepada papan ibu atau papan induk  (motherboard). Papan induk adalah satu papan yang leper (flat board) yang terdapat di dalam kotak komputer peribadi (casing) atau unit sistem.

(b) Mikroprosessor
CPU ataupun prosessor adalah chip yang kecil yang juga dikenali sebagai chip logik (logic  chip) bila digunakan untuk mengawal peranti tertentu ( seperti juga sistem minyak dalam  kereta ). Kelajuan mikroprosessor lazimnya dinyatakan dengan megahertz (MHz).
 Faktor asas yang memberi kesan terhadap kelajuan komputer adalah kelajuan  mikroprosessornya, saiz bus line, dan kewujudan cache. Faktor-faktor yang lebih  sofisiscated adalah ingatan flash (flash memory), komputer RISC (RISC  computers) dan parallel processing.

Kelajuan arahan komputer pula terletak kepada pelbagai jarak (rate).  Dari milisecond (one-thousand of a second) ke microsecond (one millionth of a second), ke nanosecond (one-billionth of a second) yang akan dicapai ke picosecond (one-trillionth of a second).

(c) CMOS
Kebanyakan sistem komputer sekarang menggunakan storan semikonduktor kerana  beberapa kelebihannya.CMOS ataupun complementary metal oxide semiconductor adalah  sejenis semi konduktor.CMOS direkabentuk untuk menggunakan sedikit sahaja penggunaan elektrik seperti dalam komputer-komputer peribadi (portable komputers).

(d) RAM
RAM atau ‘random access memory’  menyimpan arahan-arahan dan data untuk program-program yang digunakan pada masa itu. Data boleh dicapai di dalam cara yang cepat dan  mudah. RAM mudah hilang (volatile), yang bermaksud kandungannya akan hilang jika elektrik ditutup. Banyak RAM dalam komputer anda bermaksud banyak program yang besar boleh  dijalankan dalam komputer itu.
Anda boleh menambah RAM komputer anda dengan membeli chip memory tambahan ataupun memasukan SIMM (single in-line memory module).  SIMM  boleh dimasukkan (plugs) ke dalam papan induk komputer. RAM terbahagi kepada dua jenis iaitu SRAM dan DRAM.

(e) SRAM
SRAM atau static RAM adalah lebih cepat

(f) DRAM
DRAM atau dynamic RAM  adalah lebih kecil dan lebih murah.  DRAM digunakan dalam  banyak komputer peribadi kerana saiz dan harganya jika dibandingkan dengan SRAM.

(g) ROM
Berbanding dengan RAM, ROM mengandungi program-program dan data yang kekal
Dirakamkan di dalam ingatan jenis ini di kilang. ROM boleh di baca dan digunakan, tetapi  tidak boleh diubah oleh pengguna. ROM tidak boleh hilang (non-volatile).

(h) CACHE
Disebut sebagai ‘cash’ secara relatifnya adalah satu jumlah kecil daripada kelajuan ingatan  yang menyimpan data dan arahan-arahan cache kerap digunakan untuk menghasilkan peningkatan dalam kelajuan pemprosesan. Bila prosessor pada  awalnya memerlukan data atau arahan, data-data arahan itu di panggil dari ingatan utama, yang juga  disimpan dalam cache.  Pada waktu  yang lain mikroprosessor perlukan data atau arahan itu, ia akan mencari di cache.  Jika item  itu yang diperlukan ada di situ, ia akan di pindahkan dengan lebih cepat.

(i)  BUS line
Adalah satu set laluan elektrik yang selari yang secara dalamannya  membawa data dari satu  tempat ke satu tempat lain dalam sistem komputer.  Jumlah data yang boleh di bawa pada  satusatu masa disebut ‘bus width’ iaitu nombor laluan elektrik. Jika besar lebarnya, lebih  banyak data boleh di bawa pada satu masa. Secara amnya, jika besar saiz perkataan itu atau bus, lebih kuat komputer itu. Komputer itu boleh memindahkan banyak maklumat pada satu  masa, mempunyai ingatan yang besar dan boleh menampung banyak serta pelbagai arahan.

(j)  RISC
RISC atau ‘reduced instruction set computers’  adalah satu teknologi di mana RISC adalah  lebih cepat kerana ia menggunakan hanya satu subset yang kecil daripada arahan-arahan.  Berbanding dengan CISC atau ‘complex instruction set computers’ yang mana  memasukkan banyak arahan-arahan yang jarang digunakan.

(k) Perisian
Perisian adalah satu- satu arahan yang dirancang langkah demi langkah yang diperlukan untuk menukarkan data untuk dijadikan maklumat  dan seterusnya menjadikan komputer itu berguna.

Pada amnya, perisian boleh dikategorikan kepada :
i)    perisian sistem, atau
ii)    perisian aplikasi.

Subset perisian sistem adalah sistem operasi,  yang mana menjadi perisian asas yang  terdapat  dalam semua komputer.  Perisian aplikasi pula adalah perisian yang boleh  digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah  atau untuk melaksanakan sesuatu tugasan.  Perisian aplikasi ini boleh jadi ‘custom software’ atau ‘packaged software’.
“Custom software’ di buat khas untuk kehendak  pengguna manakala ‘packaged software’  yang juga dikenali sebagai perisian komersial (commercial software), adalah dipakejkan  dalam 
kotak atau folder untuk dijual.
Nyatakan beberapa jenis perisian tersebut:
i)   sistem operasi
ii)   perisian aplikasi
iii)   perisian komersial



Syazwan.Topik 1 : Asas Teknologi Maklumat.Diperoleh daripada Tripod :http://syazwan.tripod.com/bukutmipda.html

SEJARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT

1.2   Sejarah Teknologi Maklumat

1.2.1 Komputer
Komputer adalah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses 
data itu untuk dijadikan maklumat yang bermakna (output) dan menyimpankannya (dalam 
storan sekunder) untuk keselamatan atau untuk kegunaan seterusnya.
Bila komputer ini bermula ?
Apa yang menakjubkan tentang perkembangan komputer adalah ia cepat berubah dengan 
begitu cepat sekali.  Kita telah melepasi 4 generasi  teknologi komputer dalam lebih kurang 49tahun.Generasi ketiga-tiga  awalnya  melibatkan  3  perkembangan  teknologi  seperti  tiub vakum,transistor dan litar integrasi ( integrated circuit ).  Sekarang kita berada dalam generasi yang ke 5.

1.2.2 Telekomunikasi
Semua komputer dalam dunia ini boleh dihubungkan menggunakan kemudahan komunikasi .  
Oleh itu,gabungan komputer dan komunikasi iaitu telekomunikasi dapa tmemberikan manfaat danmenolong pengguna untuk  mencapai kepada maklumat terkini (onlineinformation) seperti perbankkan dan lain-lain.Oleh itu, telekomunikasi secara ringkasnya adalah transmisi data dari  (device) kepada satu peranti (device) di dalam lokasi yang berbeza.

1.3  Kepentingan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan
  • Teknologi maklumat telah banyak mempengaruhi sistem pendidikan.
  • Terciptanya mikroprocessor (commercially available) pada 1971 telah membolehkan  komputer memasuki sistem pendidikan. 
  • Sejak dari itu komputer telah banyak digunakan olehpusat pengajian dan sekolah untuk  penyimpanan rekod dan perakaunan. 
  • Banyak sekolah telah menggunakan kemudahan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 
  • Pendidik telah melihat sendiri kepentingan dan kelebihan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.





Syazwan.Topik 1 : Asas Teknologi Maklumat.Diperoleh daripada Tripod:http://syazwan.tripod.com/bukutmipda.html



DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT

.Asas Teknologi Maklumat

 Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat adalah perkakas dan perisian yang dapat melaksanakan sistem maklumat itu.  Perkakasan dan perisian itu dapat melaksanakan atau menjalankan tugasan prosesan data, seperti mengambil, memindah, menyimpan, memanggil semula, manipulasi data dan mempamirkan data atau maklumat itu. Perkakasan adala peranti (devices) dan lain-lain bahagian dan bentuk fizikal yang melibatkan maklumat itu seperti komputer, work station ( stesen kerja) rangkaian fizikal (physical network), storage data dan peranti transmisi (transmission devices).

Perisian adalah program-program komputer yang dapat menterjemahkan input dari pengguna dan mengarahkan perkakasan apa yang perlu dilakukan. Perisian termasuklah sistem operasi (OS),perisian aplikasi (enduser software) seperti pemprosesan perkataan dan perisian aplikasi yang berhubung dengan tugasan perniagaan seperti merakamkan transaksi (transactions) kad kredit ataupun mereka bentuk kenderaan.



Syazwan.Topik 1 : Asas Teknologi Maklumat.Diperoleh daripada Tripod :http://syazwan.tripod.com/bukutmipda.html

Wednesday, 17 September 2014

NILAI PROFESIONAL YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU

NILAI PROFESIONAL YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU
           
  Sebagai seorang guru yang perlu mematuhi standard guru di bawah domain nilai, Nilai BITARA boleh dijadikan panduan. Terdapat enam aspek guru yang berkesan seperti yang digariskan dalam nilai Bitara. Nilai BITARA yang pertama ialah integriti.
  
INTEGRITI

Nilai Bitara yang pertama untuk menunjukkan ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran ialah integriti. Terdapat empat aspek sebagai aras petunjuk bagi nilai integriti yang perlu bagi seorang guru untuk meningkatkan pengajaran.

            Petunjuk pertama ialah Adil. Guru mestilah adil dengan diri sendiri menunaikan tanggungjawap terhadap kelas iaitu mestilah tepat memulakan dan menamatkan kelas yang telah dijadualkan. Guru tidak menggunakan masa di dalam kelasnya untuk mencuri tulang. Contohnya, menanda buku di dalam kelas, berurusan perniagaan melalui telefon semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, melayari laman web semasa mengajar dan sebagainya. Guru seharusnya adil dengan diri sendiri dan murid kerana murid berhak mendapat yang terbaik dan guru sepatutnya memberikan yang terbaik kepada murid-murid .

            Amanah dalam menjalankan tanggungawab guru juga tergandung dalam aspek integriti. Guru seharusnya amanah dalam mendidik murid-murid, menjaga serta menyayangi harta sekolah. Dalam konteks amanah dalam pengajaran, guru seharusnya amanah dalam menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan subjek yang diajar. Dalam pada itu, guru tidak seharusnya hanya menumpu semasa di dalam kelas. Adakalanya pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung diluar kelas turut memberikan impak yang positif dalam diri murid-murid. Disinilah kadangkala timbulnya nilai didikan membentuk akhlak murid-murid.

            Guru haruslah telus dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Telus bermaksud ialah bersesuaian dengan skema pembelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya pada minggu pertama persekolahan, guru sudah mengajar topik pertama,tetapi adakalanya terpaksa berterusan dalam minggu kedua berdasarkan kepada kemampuan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

            Sikap akauntabiliti perlulah dipamerkan dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan pengajaran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh dalam pendidikan seni visual, murid-murid diminta melukis bunga hiasan yang terdapat di kawasan sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran ini sesuai dilaksanakan di luar kelas. Pengajaran dan penbelajaran kurang berkesan sekiranya guru melaksanakan di dalam kelas dan hanya menggunakan imaginasi murid-murid untuk melukis pokok-pokok tersebut. Segala arahan dan peraturan dari pihak atasan samada guru besar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri ataupun Kementerian perli dipatuhi. Contohnya seperti membuat ‘headcount’, ini merupakan penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru untuk menilai tahap murid dan perlu diserahkan kepada Jabatan dalam masa yang telah ditetapkan. Segala arahan yang diberi perlulah dilaksanakan dan bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan sepenuhnya. Kegagalan adalah berpunca dari diri sendiri.


Posted by Sarjana Pendidikan Matematik (SR) at 5:59 A
 ************************************************************** 
 Dipetik daripada :http://gkmkemanusiaansmki.blogspot.com/2009/05/integriti.html.


Nilai Profesional yang dimiliki oleh seorang Guru.Diperoleh daripada Hikmah Mutiara Ilmu : http://ilmu-ilman-ulama.blogspot.com/2012/12/integriti-guru-keberkesanan-membentuk.html





NILAI-NILAI BITARA SEBAGAI SEORANG GURU

NILAI-NILAI BITARA SEBAGAI GURU

Bitara membawa maksud memiliki ciri-ciri unik ,unggul, tiada tolok bandingnya serta lain dari yang lain. Terdapat enam ciri nilai yang dapat membentuk personaliti. Nilai-nilai ini terbentuk melalui pendidikan,letihan,ekonomi, budaya,pengalaman,kepercayaan masyarakat dan persekitaran.
        NILAI BITARA
 PETUNJUK BITARA
BERINTEGRITI
Amanah
Telus
Akauntabiliti
Adil
          
           PROFESIONAL
              
         Iltizam
        Cinta Ilmu
        Kompeten
         Beretika
SEMANGAT BERPASUKAN
Muafakat
Fokus Matlamat
Hormat-menghormati
   
   
  BERORIENTASIKAN
     PELANGGAN
          
        Responsif
        Proaktif
        Mesra
       Berkualiti
PERIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA
Empati
Penghargaan
Keselesaan Persekitaran
Peluang Untuk maju
      
     
      KREATIF DAN INOVATIF
   Penambahbaikan  Berterusan
    Nilai Tambah
    Rebut Peluang
     Berdaya Cipta

Abd. Karim(2011,July 7).Pengenalan.Diperoleh daripada Santapan Minda:http://abkar178.blogspot.com/2011_07_01_archive.html

Saya Mazlan.(2011,April 22).Nilai -nilai Bitara.Diperoleh daripada Program Pensiswazahan Guru UPSIhttp://ppgupsisesamakita.blogspot.com/search/label/Bahan%20sokongan


Tuesday, 16 September 2014

NILAI


NILAI
Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set
pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau
 negatif.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara :


Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
    1. Percaya dan patuh kepada tuhan
    2. Berilmu pengetahuan
    3. Berakhlak mulia
    4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
    5. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.
    6. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain.
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau selaku Menteri Pendidiakn pernah menyeru agar FPN menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang hendak dicapai. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir, membentuk dan melaksanakan hasrat falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berakhlak mulia.
Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri. Rasulullah S.A.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu pada peringkat keluarga lagi. Sabda baginda yang bermaksud:
" Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Hanya ibubapanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi merupakan basic atau asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni.
Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat dalam syllabus tertentu sahaja, sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap matapelajaran. Dan adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak formal seperti komunikasi yang baik antara guru dan murid, yang akan mempengaruhi penanaman nilai dalam jiwa pelajar.