Monday, 22 September 2014
ETIKA
03:52
ETIKA
Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan
profesyen.
1. Etika Individu
Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan
antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, sertayang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Perkara ini boleh dilaksanakan ketika menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain.
2. Etika Organisasi
Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan.
3. Etika Profesyen
Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh
pengamal profesyen berkenaan.Antara profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakauanan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang dipraktikkannya. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan.
pengamal profesyen berkenaan.Antara profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakauanan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesyen yang dipraktikkannya. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan.
INTEGRITI
03:45
INTEGRITI
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada
individudan organisasi Integriti berkaitan erat dengan etika. Integriti adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.
1. Integriti Individu
Integriti individu ialah keselarasan antara apa-apa yang dikatakan oleh ]individu dengan sesuatu yang dikotakannya;keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang;sertakeselarasan antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Individu itu pula cepat, tepat dan bermutu apabila melakukan sesuatu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.
2. Integriti Organisasi
Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi da dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
3. Integriti Penjawat Awam
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri . Apabila berlaku konflik kepentingan,mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Penjawat itu perlu telus dan tulus serta harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri . Apabila berlaku konflik kepentingan,mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Penjawat itu perlu telus dan tulus serta harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.
Sunday, 21 September 2014
Thursday, 18 September 2014
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
20:44
Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Masalah Penglihatan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Masalah Pendengaran | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Program Percantuman/Inklusif | ||||||||||||||||||||||||
|
Bibliography
Pendidikan Khas (2009, Februari 14). Sejarah
Perkembangan Pendidikan Khas. Diperoleh daripada KPLI Julai 2008:
http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/sejarah-perkembangan-pendidikan-khas.html
|
KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
20:26
- Masalah kecacatan fizikal
- Masalah penglihatan
- Masalah pendengaran
- Masalah pertuturan
- Masalah pembelajaran
- Masalah tingkahlaku
- Lembab ( slow learner)
- Terencat akal ringan
- Autisme
- Pintar cerdas
- Sindrom Down
- Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD
- Disleksia
DEFINISI LEMBAM
Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.
Murid-murid yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas , kurikulum dan di sekolah biasa. Mereka terlalu lambat untuk mencapai satu- satu objektif pengajaran yang mudah walaupun objekti jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.
CIRI-CIRI FIZIKAL
1 ) PENDIAM / TIDAK BANYAK CAKAP/ TIDAK AKTIF
2) MENYEBUT HURUF-HURUF YANG TIDAK TEPAT
3) TULISAN YANG BURUK / SUKAR DIBACA
4) KEKERAPAN KESALAHAN EJAAN / TANDA BACAAN
5)MENUTUP MUKA DENGAN BUKU KETIKA BELAJAR
6)SAIZ YANG TIDAK SERAGAM / MENCAMPURKAN SAIZ BESAR DAN SAIZ KECIL
7)MENYEBUT ATAU MENYEMBUNYIKAN SESUATU HURUF DENGAN PELAHAN
8) BERMASALAH MENGENAL BENTUK HURUF
MASALAH YANG DIHADAPI
Masalah Akademik
- kemahiran 3M ( membaca , menulis dan mengira )ke
- kemahiran matematik
- sukr mengingat makna simbol yang digunakan
- menyelesaikan permasalahan yang panjang dan konsep tambah , tolak , darab dan bahagi
Masalah tingkah laku
- Kurang tumpuan
- Kesukaran memproses maklumat
- Kecuaian
Masalah Sosial-Emosi
- Kepayahan melakuakn beberapaturutan tugasan
- Lemah dalam komunikasi
- Tiada keyakinan diri
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)




